About Me

My photo
Hye there im ninie n im 19 years old..Im from penang..I treat people nicely as they treat me.. Thank you :)

Tuesday, June 18, 2013

Happy Father's Day.......


Selamat Hari Ayah.. Rindu.. Al Fatihah.... :')
Azmi B. Puteh.. 
12.5.1954-27.1.11


Wednesday, June 5, 2013

Selamat Pengantin Baru Juwieta & Taufik!

Assalamualaikum..Okay harini nak cerita pasal kawan dari kecik zaman hingus hingusan, zaman sememeh,zaman tadika dah pun selamat menjadi isteri orang. Uwaa rasa macam tak percaya pun ada. Kawin dgn kawan zaman sekolah jugak. Tapi senior. Tak sangka la kan boleh sampai ke jinjang pelamin.. Alhamdulillah.. :')

Pada 18 hb mei, aku pun sibuk sibuk la kan nk p ikut dia p akad nikah. Bukan senang nk p tengok kawan baik kawin.Sekali seumur hidup ja. So dalam pukul 3 , lepas makan aku pun p rumah dia. Duk dari dia make up sampai habis majlis. Sepanjang majlis aku duk tangkap gambar dia ja. Lawa gila masa hari nikah tu. Tak kelip mata aku. Cewah melebih plak aku. Hahaha.

Tak banyak pun gambar sebab guna henpon je. Dah tu time nk transfer dalam pc , hilang pulak pic semua sebab minta tolong orang buatkan. Aku buat tak boleh boleh pun. Sekali dia tekan apa entah hilang abes semua. . Geram laaaaaaaa. Tp ada sikit sikit tu okay la kan dari takda kenangan langsung. tapi tetap sedih weh. -.-

Selesai make up :)
Bersama MUA

Cantikkan baju dia.. 

Selesai akad nikah

Pada 25 hb mei pulak majlis persandingan sebelah perempuan diadakan di Dewan Ekspo Seberang Jaya. Tapi pic tak ada pulak sebab aku yg jadi pengapit. Tp yang spoiled nya aku plak tak sihat. Boleh plak time tengah kipas pengantin aku nak pengsan. Hahahaha. Jenuh aku tahan. Sekali bila Juwieta nampak muka aku pucat, aku minta diri nk duk tepi pentas jap nk berehat la kononnya. Rasa tak sedap gila badan, tup tup p muntah. Hambekk kauu. Nasib aku tak muntah dekat pelamin. Kalau tak mau malu nak mampus la aku. Pengantin rilex, pengapit yg over sakit sampai muntah bagai.Hehe malunya saya. ^.^ Rombongan pengantin tiba di dewan ekspo dalam jam 2 petang. Pengantin berbaju emerald green+black. Cantikk..Aku tak lama pun kat kenduri dia. Makan pun tak sebab tak boleh tahan dah. Nak pengsan. :'(




Pengantin bersama kawan kawan sekolah.

Keesokkan harinya pulak, kenduri sebelah lelaki pulak dibuat di Dewan Butterworth tu. Lupa plak nama penuh. Hihi.Aku tetap jadi pengapit lagi. Tapi rasa dh okay la ahad tu. Nak teman beliau. Mesti beliau segan sorang sorang nanti.Aku siap ikut depa p outdoor lagi tu. Ramai jugak pengantin haritu. Biasa la cuti sekolahkan.. 




Ehemzz. Pengapit nk mencelah jap. Haha

Semua ni pic dr henpon aku n yg reramai tu curi kt pic kawan je.. Dah takda tempat nk cilok gambar dah.. Kualiti gambar mungkin menghampakan tapi apadehal.. Yg penting ada kenangan untuk disimpan. Hihi. Okay la setakat ni je. See you soon.Selamat Pengantin Baru Juwieta dan Taufik!!